Feb 22, 2012

Dill. ema.



DILEMA.
Ya Allah.

Semangat hilang ke mana?
Hati berkobar-kobar, macam nak meletup rasa kalau pikir masters.
I seriously do want to study.
Nak rasa stress study. Assesment, presentation and stuff.
Ah rindu.

My job currently is not exciting and fun as it used to be.
I - HATE - admin jobs.
FUN itu wujud hanya bila dan bila mana berjumpa guest, handle inquiries and events.
Mungkin awal lagi, baru kerja 5 bulan memang la tak bole go out for sales n stuff,
tapi menakutkan sebab acane kalau I have to do the same routine job for freaking 5 years?
Trend kat hotel ni, sorang tu bole keje the same position for like freaking 10 years?
Nampak sangat tak banyak job rotation or promotion kat hotel tu.

Kene carik kerja baru sebab siriusssss doh kalau kita buat kerja kita tak suka nanti semua rasa terpaksa,
rasa tak ikhlas, rasa nak cepat end the day.

Feb 21, 2012

teman sejati

Dirahmati oleh Allah dengan kehadiran kawan-kawan rapat.
Sahabat that i can proudly call sahabat kala susah dan senang.
Sahabat yang sama-sama baiki kekurangan diri.
InsyaAllah sama-sama ingatkan diri pada Yang Esa.

Thank u Allah.
Untuk pemberian kawan baik terbaik :')
U guys know who u are

Feb 18, 2012

Monolog.

Laziness strike again.
Tak bermood nak update blog.
Walhal banyak nak disampaikan nak ditulis.

Sedang dalam mood mahu bercuti.
So, singapore done.
Hello Bandung.
And looking forward untuk trip bersama highscholl bestest friends of all.
:) I really miss Subang.

*monolog sendiri*
I miss u. Mesti u tengah senyum sekarang kan?
Hope ure doing fine berada 'jauh' dari dunia.
Mama called harituh, ade tahlil kat rumah untuk 100days.
Will come and visit mama sooner.
I promise ye. Will visit and bring u daisies just like how u love them ♥

*membebel / merungut?*
I dont find enthusiasm in my works anymore.
But hey, don't get me wrong.
I love sales. I love marketing. I love people, get to know them and fulfill their needs and dreams.
I guess my job scope is just too..narrow.
Or maybe I am too demanding as a degree graduate?
Or.. Or.. Or..
Hm nevermind.
Its too public to be shared.

I need a new job. New environment.
New job scope. New organization. New system.
Badly.

Will.start.applying.for.new.job.
Soon.
Soon.Soon.Very soon.

Jan 15, 2012

Minta mohon.

Tiap sesuatu itu ada harapan
Cuma perlu minta dan mohon daripada Allah

Apa yang dapat itulah yang terbaik
Kalau tak dapat itulah yang terbaik
Kalau lambat itulah juga yang terbaik

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. 
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. 
(Surah. Al Baqarah:216)



"Kita ini sebenarnya tidak mengetahui apakah yang terbaik untuk kita. 
Boleh jadi keputusan peperiksaan yang cemerlang itu adalah yang terbaik untuk kita. 
Dan juga boleh jadi sebaliknya. 
Sebab itu kita kena selalu bertawakkal kepada Allah, supaya kita tak rasa bahawa kejayaan kita itu hanya atas usaha dan kehebatan kita semata" 
- Syah Nazrin Hasyim

Allah kan perancang terhebat.
Usaha doa tawakal
Berlapang dada & Redha
Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah :)


Have you ever been in a situation and you had no clue how it is going to get better, 

but now you look back on it?

That's Allah .. He passes us through tribulation to see a brighter day


*This is a repeated content. I've wrote about this quotes before, and mention this verse before.
* And this is, for you. Jangan putus asa. Kene kuat dan bangun semula jadi terbaik! :)
"takyah sedih2, cube lagi" -mak

Jan 13, 2012

Bila.

Hebatnya kawan-kawan yang belajar luar negara.
Seronoknya semua berusrah, tiap masa solat jemaah.
Macam-macam program agama.

Bukan susah pon nak buat mcm tu kat sini.
Banyak nya alasan diri nih :/

Rasa rendah diri betul tengok / baca / dengar tentang orang-orang hebat ini.
Hebatnya dalam akademik, dalam pergaulan dalam perjalanan menuju akhirat.
Serius, hebat.

*salute*

Jan 11, 2012

Tak pernah berlaku adil.

Allah itu sangat adil. Adil seadilnya.
Di rancangNya perjalanan hidup kita indah, teratur.
Kurang sini, lebih situ,
Hilang ini, ganti itu.
Kalau pikir dalam - dalam, memang nyata hikmah dalam setiap kejadian dan perancanganNya.

Tapi, adilkah kita pada Allah?
Adilkah aku pada Allah?

Kalau kerja dan belajar, bukan main kita nak perfect.
Sanggup berjaga, tak tidur malam demi dapatkan the best result.
Bersengkang mata, berusaha bagai untuk siapkan final year project yang the bomb.
Untuk dapat kerja yang bagus, kita sanggup belajar sungguh-sungguh, interview sini sana.
Lepas diploma, degree sambung pula masters dan doktor falsafah.

Dunia. Dunia semua ni.

Ya Allah, susahnya nak pikir untuk akhirat.
Tak adilnya pada Allah.
He has given me everything, yet i'm being unfair.
Kenapa tak pernah mahu perfect untuk Allah.
Hanya cukup sekadar yang wajib, yang belum tentu lagi sempurna.
Liatnya mahu mengerjakan yang sunat.
Ya Allah...

Dunia sementara ini kita kejar bagai tiada hari esok.
Walhal yang menanti di sana adalah yang kekal abadi.

Ya Allah..
Perlu buat perubahan.

"Beramallah kamu seolah2 akan mati esok hari dan bekerjalah kamu seolah2 akan hidup seribu tahun lagi"

Jan 5, 2012

^^

365days + 365 days = 2 years.
Osem ;)

Jauh. Sangat jauh.
Tak nampak dan tak berfizikal.
Tapi indah. Sangat indah.

And still, very much in 
Terima Kasih :)

Jan 4, 2012

second child syndrome katanye

I am the second child.
Anak kedua.
From 3 siblings. A sister and a younger brother. And - me in the middle.


What parents need to expect from a middle child. (baca : anak kedua)

.You are bound to face a negative attitude, a lot of sarcasm, and persistent anger from them.
.They may not respond to your bout of affection
.They are likely to do things that get them into trouble, simply as a way of seeking attention from you.
.Your second child definitely hates a comparison to his older sibling.

Jan 3, 2012

2000twelve.

I ended my 2011 and started my 2012 with this bunch of people.
| Maliq Fariz, Izzul Naim, Atuffah Said & Siti Aliah |

Port Dickson sangat menarik dan indah.
Walau terlalu padat dengan kapasiti pengunjung yang terlalu ramai.
Banana boat syiok, cuma kejadian dugong yang tercabut life jacket ketika dihumban ke dalam air itu, sangat tak kelakar.
Lebih parah, apabila tenaga tulang empat kerat 2 lelaki diperlukan untuk mengangkat dugong itu kembali ke posisi asal.
Tsk tsk. Dugong terharu kerana mempunyai sahabat yang sangat memahami.

Well hello 2012.
A new beginning, i hope.
Im looking for better job, better pay better offer.
Moga tahun baru lebih murah rezeki, lebih pemurah dan menjadi hamba yang lebih istiqomah dalam ibadah.

Azam 2012 :
Mahu kehidupan yang tenang dan ceria, menjadi hambaNya, anak, sahabat dan adik yang lebih baik.
Lead a healthier lifestyle, perlu tukar daripada semata mahu lose weight kepada mahu fit, mahu sihat.

InsyaAllah..
 *jujur, sebelum ini tak pernah ada azam untuk tahun baru. simptom orang yang dah mencecah 23 mungkin :)



Dec 22, 2011

Masih belum lelap.

Biar tak pandai masak, biar tak pandai mengemas, biar comot dan tak bergaya.
Saya tetap mahukan awak ;)
Sebab kekurangan awak itu, saya mahu jadi orang yang akan sempurnakannya.
(Nur Basirah, 2011)

Ololololo. Pengaruh pengaruh.


Apabila saya katakan: "Saya cintakan awak."
Itu maksudnya, saya mahu masuk syurga dengan awak.
Maka jika saya ada buat perkara yang menyebabkan kita masuk neraka,
itu tandanya, telah hilang cinta antara kita.(Hilal Asyraf, 2011)

Its already 00:42, sebagai seorang pekerja ini sudah waktu kritikal.
Tapi bagi orang yang tidur lewat tegar sedari kecil, waktu ini masih muda.

I am currently stalking Mr.Hilal Asyraf.
Bukan sebab rupa, gaya atau apa.
Tapi kerana penulisannya.
Penulis, itu pekerjaan side income beliau.
Pelajar, itu rutin sepenuh masanya.
Tertarik kerana puitisnya ayat yang dilemparkan beliau.
Puitis, indah, sinis dan ada kala boleh bikin tawa kecil.
Baru sahaja LIKE fanpage beliau sudah begini impaknya.
Belum lagi beli buku hasil tulisan beliau.

Tak hidup dek puji.
Tak mati dek keji.
Buat apa Allah suruh,
berkata benar dengan apa yang Allah dan Rasul kata,
kemudian seluruh dunia nak kata apa,
itu terpulang kepada mereka.(Hilal Asyraf, 2011)
Selesai stalk itu, aktiviti belum mahu tidur diteruskan dengan
LAWAK TEGAR.
Kalau yang ini, sangat melalaikan.
Niat tidur dianjak 30min, sejam, sejam setengah.
Which end up hello 4pagi =='


Dec 21, 2011

Kerja #1.1

Mata masih belum mengantuk.

Masih tentang bekerja.
Yang seronok, adalah time gaji.

Tipunyeeee siapa yang bekerja dan tak menunggu pay day.
It's like a celebration every month taw!

Dan dengan duit gaji boleh buat ini :


1) Bagi duit pada ibu ayah nenek atok sedara mara jiran tetangga dan yang memerlukan.

Ini buat berkat rezeki ;)

2) Bayar downpayment kereta kelisa warna putih ni.



3) Saving saving saving! $$$


4) Sopinggggggggggggggg! PUAS!



5) Disebabkan masih tiada komitmen (baca : suami, anak-anak & rumahtangga) maka duit banyak dilaburkan di shopping mall, kedai makan, bazaar karat, kedai makan, kedai makan lagi!


ps : Moment terbss sekali adalah ketika ibu ayah terima duit raya drpd anak. Syok! Cubelah!

Dec 20, 2011

Kerja #1

Bile sudah bekerja,
jadi makin jarang menulis.

Penat. Jujurnya sangat penat bekerja.
Walau mungkin ade orang yang akan meng'eleh'kan statement ini.
Okay mungkin faktor belum biasa, masih baru yang menjadikan bekerja sebagai seorang pekerja ini penat.

Keluar rumah jam 845am. Saya seorang 'on time' kononnye. Mahu rekod cantik tiap kali masuk ofis, beeper akan tag kad saya tepat 8.59am. Rasa bangga ;p (perangai paling buruk seorang pekerja)

Rutin harian setelah menjadi pekerja, Breakfast. Sesuatu yang jarang diamalkan ketika menjadi seorang pelajar. Tapi saya sedang dlm proses TAKNAK GAIN WEIGHT. Maka cuba ambil big breakfast, very light lunch dan light dinner. Sebab kalau di ofis, setiap masa akan ada yang pelawa makan. Yang belanja apatah lagi.

And after breakfast dan borak-borak pasal dunia, malaysia dan gosip kak jarah, Hello work.

Break petang, 5 petang minum petang. Sekejap untuk mengadu kepenatan kerja dan mengadu tentang customer cerewet. Hihi.
Dan jeling-jeling tengok other departments semua dah ready touchup, kemas meja, angkat bag mahu pulang.1 benda saya sgt suka di sales department, is we don't delay work. Kerja mesti siap that day on the dot. Cume kalau quotation yang perlu sign director, bende2 melibatkan org lain mungkin ambil masa.
Dan seronoknyaaaa bila da time hujung waktu pulang itu lah time kerja akan banyak tiba-tiba saje. Pelik yang tak terungkai -.-'

Panjang pulak.
Kesimpulannya, masuk kerja jam 9. Balik jam 6 paling awal.Pernah juga cecah jam 9mlm. Dapat balik tepat 530 itu syurga dunia. Hehe.
Dan takde cuti. Cuti on weekends dirasakn sangat sekejap.
Rindu cuti sem, cuti lame - lame berehat tak perlu buat ape.

Bile dah bekerja, sangat banyak tanggungjawab.
Entah apa motif penulisan ini.

Bosan sungguh jadi seorang dewasa, dan bekerja.
Kalau yang kecil itu asyik mahu grow up, mahu cepat dewasa mahu bebas katanya.
Kalau yang besar itu asyik mengeluh grow up begitu cepat, mahu kembali jadi kanak-kanak tanpa masalah.

Haih, dunia-dunia.
Manusia-manusia.
Sama juga saya. Susah betol mahu tanam sifat benar-benar syukur apa adanya.

Dec 9, 2011

Bluisheshshshsh

Sebab tak cukup masa.
Sebab dress murah beli di kedai Vintage dgn harga less than RM10.
Sebab puas hati.
Sebab i want to post this pic again.


Sebab nak jadik ibu muda yang mcm ni jgk. Angggggguuunnn :)

Nov 22, 2011

Ive made up my mind.

Mungkin ini terbaik. Untuk kita carik rasa yang hilang itu.
Untuk perbaiki semuanya.

Its hard.

Nov 15, 2011