Aug 13, 2015

#teamrayarumahmertua

Assalamualaikum.

Hai. Saya #teamrayarumahmertua.

Hari raya Aidilfitri pertama bukan di rumah ibu ayah sendiri. Masa sebelum balik raya punyelah melankolik perasaan ni. Siap ibumertuaku tanya, okay ke nanti beraya kat sini bukan kat JB. Huyooo terus sayu perasaan ni.

Tapiiii ajaibnya tak. Takdelah adegan keluar air mata meleleh nangis tepi bucu katil masa pagi raya. Takdelah adegan sendu sendu tu.

Sebab :- 
1) raya kat rumah mertua meriah
2) tak call langsung ibu ayah cuma message je ucap selamat hari raya ampun maaf dipinta sbb nak elak nangis dlm phone

Suami ada 7 adik beradik. So, u just imagine meriah mcm mane. Extra meriah sbb this year ada KhalifUmar :)

Sehari sebelum raya, dok gotong royong buat keje. Macam-macam lah drpd memasak mengemas menyidai baju melipat kain bagai tapi sebab dah last day puasa, biasalah semua penat gila letih last-last petang semua bantai tido tinggallah ibumertuaku masak kuah kacang sorg2 hehehe :P

Pagi raya, pilihan lauk siap ada ikan patin masak tempoyak kau hadoo! Aku makan ikan patin dgn ketupat hehe.

Style beraya rumah suami ni, pagi-pagi tu confirm la kene bangun awal. Pastu terus makan then beratur mandi apa bagai. Dah siap-siap sebelum sembahyang raya, semua akan duduk dalam 1 bulatan then ktorg takbir beramai-ramai. Best gila!

Balik sembahyang siap-siap lauk apa semua nak bawak balik kampung, amek-amek gambar pastu terus balik Jengka. Habis beraya few houses kat Jengka last stop kat Triang, Temerloh.

Esoknya gerak balik JB hehe tu jelah cerita yang bosan. Nah gambar.

*Tips untuk yang bakal ada mertua, ni hakak nak share walaupun hakak ni bukanlah menantu thobaikkk :P
1) Sila selesakan diri, make yourself at home, anggap semua mcm ahli keluarga sendiri
2) Kalau balik raya tuh, kena tido atas lantai ke atas tilam depan pintu ke apa kau jgn lah nak cerewet 
3) Buat-buat rajin walaupun kau nan hado sbnrnye malas sbb lama-lama nnt akan jdk rajin sendiri 

No comments: